Sunday, January 27, 2013

puding roti

ASSALAMUALAIKUMM 
seperti yang dijanjikan ak nak bgtau resipe puding roti hasil tangan ak ..
bukan ak jugak sebab ak pom learnt it from the sifu of dessert , Qaseh ain.. 
okey kami diajar oleh beliau semasa tengah busyian menyiapkan juadah dan resipe rahsia buat syidah itu harii 
one word ! SEDAP .. so ak nak share dlm belog kesayangan la kan  .. 

bahan bahan yang diperlukan ialah 
1) roti atau lebihan roti daripada ice cream goreng tuhh (klik sini)
kalau gunakan lebihan roti nie gunakan 8keping tau , tapi kalau roti yang full tu korang gunakan dalam 4keping ..


2) esen vanilla 
3) serbuk agar agar ( gunalah serbuk agar agar yg korang biasa guna tau untuk elak xreti bajet air macam kami sebab sifu first time guna jenama nona .. hahahah ) beli nona sebab xjumpa jenama lain daa .. satu ag kalau nak yang berwarna pom silakan kami sengaja pilih serbuk agar agar kosong / putih ..


4) secawan susu pekat
5) 2 bijik telur 

seperti biasa kite masih mengekalkan bajet yang murah .. hehhehe 

cara membuatnye :

okey memula masukkan kepingan roti didalam bancuhan air + susu pekat tadi 
biarkan ia sehingga roti lembikk .. time nie xpayah masukan gula bagai semua lagi tau .. just susu + air sahaja.. anggaran roti 4keping besar = secawan susu 


seterusnya pabila roti sudah kelihatan lembik masukan ke dalam blender atau mesin pengisar ..
kisar ianya sehingga halus .. hahahha .. semasa proses ini,masukan  2biji telur dan kisar sekali lagikk..


kemudian panaskan air bersama dengan serbuk agar agar.. makesure sukatan air korang tu sesuai dengan jenis agar agar yang korang gunakan tau .. sebab semasa ini kami menggunakan jenama nona dan agak rumit sebab xreti bajet air so puding sedikit lembikk .. 


semasa agar  agar dimasak , time niela korang masukkan sedikit esen vanila dan jugak gula secukup rase .. nk manis , lebihkan gula tapi ingat KURANGKAN GULA dalam masakan .. hahahha 
!
bile da masak agar agarnya tuangkan ke dalam bekas yang sesuai .. umah sewa kami xmempunyai bekas yang suitable so hentam sajelaa labuuu ..


last sekali sebelum disejukkan gunakan sirap atau ap jea yang korang ade untuk buat decoration kat atas puding roti anda . kami gunakan sirap .. teheeeeeeee


so simple rite .. gunakan dan create apa sahaja yang anda mahu dan buatla decoration yang lebih jika anda seorang kreatiff .. okey done !
selepas disejukan di dalam peti bolehla ianya dipotong kecil kecil supaya senang nk makan .. sori no pic untuk itu sebab terleka sekejap ngan benda nie .. yihaaa 
selamat mencuba kengkawan !

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...