renungan - renungan buat kite semua :
Wang kertas RM 50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta beli belah di ibu kota baru-baru ini.
"Assalamualaikum.Apa khabar, lama tak nampak?"
"Wa'alaikumussalam.Alhamdulillah, sihat, tetapi penatlah sikit." jawab wang kertas RM 50 ringkas.
"Kenapa pula penat?"
" Aku ni serata dunia pergi.Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat.Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.
"Hah, kau pula macam mana sekarang ni?Lama tak nampak?" Kini giliran wang RM 50 bertanya khabar wang syiling 50 sen.
"Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit.Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam engkau tu."
"Ooo, begitu."
Mereka dia seketika.Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut mebeli.Alah membeli, menang memakai la tu.
"Eh, engkau bila lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM 50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.
"Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli-belah tu."
Serentak mereka tersenyum, senyum kambing.
Moral of the story: Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulurlah pula duit kertas.
p/s: rajin2la bersedekah yea wahai sahabat2kue.....
No comments:
Post a Comment