Hampir 3 tahun A dan B bercinta. Sepanjang tempoh tu,macam2 yg mereka dah lalui bersama. A seorang yg sangat setia.Masih diingat,ketika B terpaksa pergi untuk menyambung pengajian,A setia menanti.Bukan lama pun,setahun je lagi.Sebenarnya mereka berkenalan ketika B pulang bercuti sempena semester break.So lepas 4 bulan,nak tak nak A kena jugak lepaskan B.Masa tu susah gila.Nak call selalu,mahal.Nak message pun macam tu jugak.Yelah,B belajar kat oversea.Tapi A terharu sebab B call dia tiap2 hari.Kadang2 A tak sempat jawab call,A menangis.Dia tertunggu2 kalau2 B akan call lagi.Macam tu lah keadaan mereka sepanjang tempoh setahun tu.Rindu tak payah cakap lah.Gila2 punya rindu.Tapi mereka tetap bertahan demi tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Lepas setahun,B balik ke Malaysia.A memang hepi gila lah time tu. Tak sabar nak jumpa B melepaskan rindu. Tapi A sedikit berkecil hati sebab B macam tak nak jumpa dia.Macam2 alasan yg B bagi. A mintak B datang ke tempat dia belajar, B cakap tak tau jalan. Puas bagi guide, tapi dia tetap cakap tak tau. Bila A mintak untuk jumpa kat mana2 shopping complex, B jawab dia busy. Yelah,orang dah keje. Busy lah kan?? Setiap hari, A makan hati. Hal tu berlanjutan lebih kurang 2 bulan. Macam2 cara A ajak jumpa. Last2 dapat jugak.A punya hepi tak payah cakap lah. Hilang semua rasa kecewa, marah,sedih dan sakit hati dengan perangai B pada awalnya.
Masa jumpa, B macam biasa je. A tetap dilayan dengan baik. A bagi B dengar lagu Baik-Baik Sayang drpd kumpulan Wali Band. Bait2 indah lagu tu buat B tersentuh. Dia cakap dia nak jadikan A sebagai suri hidup dia. “Sy nak awk jadi isteri dan ibu kepada anak2 sy”…Tu ayat yg B ungkapkan.Masa tu A rasa dunia nie macam dia yg punya.hehe……
Sejak dari hari tu, hubungan mereka berlangsung macam biasa. Kadang2 ada gak bergaduh. A nie jenis yg cepat cemburu. Dia tak suka kekasih hati dia berkawan rapat sangat dgn girl lain. Yg B pulak memang ramai gila kawan perempuan. Lepas tu mesra semacam sampai panggil sayang2….Itu memang dah jadi trend dia dgn kawan2 dia. Selalu jugak bergaduh sebab hal tu.huhuhu….
Makin hari, B makin berubah. Dia macam dah tak layan A sangat. Hari2 mereka bergaduh. Bila A merajuk, B buat tak tau je. Berhari2 dia biarkan A. A pulak semakin terseksa. Apa yg diluahkan semuanya salah. B cakap A saje suka cari gaduh dgn dia. Saje mengada-ngada. Tak boleh faham dia. A makin sedih. Hati makin sakit. Tapi dia tahan je. Sampailah satu hari, A tergerak hati nak check akaun fb B. terkejut betul dia bila terbaca conversation antara B dgn salah sorang kawannya. B luahkan pd kawan dia yg girlfriend dia merajuk. Kawan B tanya balik. “Awek kau org mne?” B jawab.. “Kedah..tapi dia keje kat KL nie je”…. A menangis masa tu jugak. Dia masuk dlm bilik dan call Buntuk mintak kepastian. Sebab semestinya B refer kepada orang lain. Yelah. A bukan orang Kedah. A membesar di KL. Mula2 tanya B tak mengaku. Bila didesak, akhirnya dia mengaku. “Sy couple dgn dia lepas sebulan sy balik Malaysia..Maafkan sy awk….” A menangis macam orang gila. Patutlah susah sangat nak jumpa. A betul2 kecewa. Dia sedih yg teramat sangat! Hati dia hancur!
3 bulan berlalu, A tabah mengharungi kehidupannya. Semestinya tanpa khabar berita dari si B. Setiap hari, ada rindu yg bertandang. Kalau ikutkan hati nak je dia message B dan cakap yg dia teramat rindukan B. Tapi dia masih sedar diri. B dah tak perlukan dirinya. B dah jadi milik orang lain. A tak nak kacau hubungan diorang. Sebab tu A bertahan dan pendamkan semuanya. Kawan2 A betul2 marah kat B sebab buat dia macam tu. Satu hari, tiba2 A dapat panggilan dari B. B mula cakap dia rindukan A. Dia ajak A jumpa. A berbelah bagi. Hati kata pergi, tapi akal melarang. Dekat 2 minggu B cuba pujuk A,akhirnya berjaya jugak. Masa jumpa tu, B cakap “sy sayang awk dan dia.sy buntu sgt masa tu.sy tak tau nak pilih sape.bila awk dah tau tentang sy,sy ambik keputusan utk tinggalkan awk.sebab sy rasa sy lebih syg dia dr awk.tapi sekarang sy dah sedar,awk yg terbaik utk sy.sy syg dia lebih dr sy syg awk tp dia tinggalkan sy.sedangkan awk…awk tetap setia tunggu sy dulu.sy mintak maaf..kalau boleh sy nk awk bagi sy peluang.sy nk tebus kesalahan sy pd awk.sy nk kita kembali mcm dulu”….A tak bagi jawapan masa tu. Dia mintak masa untuk berfikir.
Bila balik, A fikir betul2. Dia tau kawan2 takkan suka kalau dia bagi B peluang. Tapi sebab sayang dan yakin yg B dah berubah, takkan curang lagi, A pun akhirnya buat keputusan. Ye! Dia bagi B peluang. Dia betul2 yakin B dah berubah dan B sayangkan dia. Kalau tak,takkan B dating cari dia balik kan?? Itu cara A berfikir….
Kehidupan diteruskan dgn suka duka bersama B. Kawan2??? Marah! Ada yg pasrah je terima keputusan A untuk kembali pada B. Pada awalnya,semua berjalan lancar. Ibu ayah B pun ada call A untuk berkenalan. Sampailah satu ketika, A dan B bergaduh besar! Atas satu sebab,mereka berperang! A nakkan penjelasan, sedangkan B jenis yg suka berdiam diri. Disebabkan tu, hubungan mereka terputus sekali lagi. Tapi dalam tempoh tu, B tetap call macam biasa dan cakap dia sayang A.
Cuma entah kenapa, A susah sangat nak percaya. Hati dia seperti menidakkan semua kata2 sayang dari B. Satu hari, A tergerak hati nak bukak akaun fb si B. Sekali lagi, dia dikejutkan dgn sesuatu. ‘In a relationship with _ _ _ _’….Hati A bagai disiat-siat. Perempuan tu! Perempuan tu juga salah satu punca utama mereka bergaduh hampir setiap hari. A nak tau kebenaran. Dia call B. Macam biasa, B tak mengaku pada awalnya. Dia cakap dia saje2 buat macam tu. Huh!!!A dah tak percaya. Setelah beberapa lama di provoke, at last B mengaku. Dia couple dgn _ _ _ _ dulu sebelum dia couple dgn A. Dia cakap dia buat macam tu sebab si kekasih hati dia tu bukan pilihan family. Tapi dia tak nak lepaskan perempuan tu sebab sayang. Dalam masa yg sama,dia akui dia sayangkan A jugak. A confused! Dah tak tau nak berfikir ape. Air mata tak berhenti mengalir…Entah kenapa dia dijadikan orang ketiga. Entah kenapa dia jadi mangsa. A betul2 sedih….Lepas seharian berfikir, A ambik keputusan untuk undur diri. Dia tak nak terus jadi perosak kebahagiaan orang lain. Lagipun dia pasti yg B sayangkan kekasih dia lebih dari dia sayangkan A.
Keesokannya B call A. A bagitau tentang keputusan muktamadnya untuk undur diri. Betapa kecewanya A bila dengar balasan dari B.. “Suka hati kau lah nak undur diri ke ape!Aku x penah mintak ko undur diri. Ko yang buat keputusan tu. Bye!” Cuma Allah je yg tau perasaan A ketika tu. Hatinya hancur! Dia tak sangka itu yg akan B ungkapkan. Seolah-olah memang B dah lama tunggu A tinggalkan dirinya. Kenapa?? Supaya nampak macam A yg salah..Mungkin……Sebelum melangkah keluar dari hidup B dalam erti yg sebenar, A sempat titipkan beberapa pesanan buat B yg dikirimkan menerusi SMS..
“awk,sy xtau nk wt ape lg.sy btol2 xtau.sy dah buntu berfikir.sy kecewa dgn ape yg jd antara kita.mungkin sy bukan pempuan yg layak utk jd isteri awk,menantu pd ibu ayh awk dan kakak ipar pd adik2 awk.yg plg penting.sy lgsg xlayak jd ibu kpd ank2 awk..sy nk awk tau yg sy btol2 sygkan awk.xpnh skalipown sy curang pd awk.dlm hati sy ada awk,sejak hari pertama kte kenal.awk,jge diri awk baik2.je kesihatan,buat keje elok2.hati2 slalu.jgn tinggal solat.sy tau dia akan jge awk lebih baik dr sy.sy doakan kebahagiaan korg.sy janji mulai saat nie,awk xkn dgr lg suara sy dan awk xkn terima lg msj dr sy..sj janji awk..take care.love u.bye.assalamualaikum..”
Dan sekarang hampir sebulan masa berlalu. A dah boleh terima hakikat. Malah dia dah tak lagi menangis. Dia makin kuat. Kadang2 hari yg dia lalui,langsung dia tak ingat pd B. Kawan2 jadi penguat semangat. Dia gembira bersama sahabat yg disayangi…Tapi bila B mula contact dia balik,adakala emosi A sedikit terganggu. B call dan message setiap hari. Berpuluh call dan kiriman SMS yg A terima. A rasa betul2 rimas.Rasa nak marah! Kawan2 suruh abaikan. Tapi bila setiap hari dan setiap minit diganggu, A jadi sangat rimas. B minta dirinya dimaafkan,dia minta A bagi dia peluang terakhir. Tapi seperti yg A pernah janjikan, setiap call dan kiriman SMS dari B langsung tak dilayan. Walau 1 pun! Sebab A dah nekad…
Awak,sy dah lepaskan awk. Pergilah…Sy dah tak sedih dengan ape yg terjadi. Sy bukan manusia sempurna yg boleh buat awk bahagia. Sy yakin ada kesalahan yg berpunca dari sy. Memang awk kejam sebab tak pernah hargai sy dan semua pengorbanan sy. Tapi percayalah sy redha terima semuanya. Sy dah maafkan awk seikhlas hati. Dunia akhirat sy maafkan awk. Tolonglah jangan ganggu sy lg. Sy bahagia tanpa awk. Awk tak dicipta utk sy, dan sy jugak tak boleh jadi pelengkap pada kehidupan awk. Kita kena terima ujian Allah sebab Dia Maha Mengetahui. Semua yg pernah kita lalui bersama adalah satu kenangan yg tak mungkin berulang. Sy dah tak boleh dan sy tak mampu nk beri awk peluang. Bukan sekali,bukan dua kali..tapi entah berapa kali peluang tu jadi milik awk. Cuma awk yg tak hargai..Dan sekarang,sy nekad utk teruskan hidup tanpa awk. Tak usahlah awk merayu lg. sebab awk ada si dia yg awak syg. Dan dia jugak syg kan awk. Pergilah…
~~ini yg A ingin sampaikan pd B..tapi semua itu tersemat kemas di dalam hati.semuanya kerana janji dan juga kata hati dan akal yg melarang A dr berbuat begitu.B hak org lain.dan A tak mau lagi jadi orang ketiga tanpa disedari atau tidak~~
P/S: ok stori yg nie ak pom copi paste dr blog owg..sori telah menciplak tp ak shuke sgt2 ngan criter dye,,,,sori jgak ak terlupa nk amik link blog dye.....